Thursday, May 9, 2013

susah

ok apabenda aku nak cakap.
kejap aku nak arrange.

ok dalam poket jeans aku cuma tinggal 
sepuluh keping syiling sepuluh sen.
tadi aku pergi atm aku cek baki duit dalam bank
baki anda RM 2.61 sen. dengan pantas aku tekan 
butang "aku tak percaya" ok tipu. 
hampa. seperti hari-hari sudah aku hampa juga.

'susahnya' telah aku dalam hati.
datang flashback aku habiskan duit aku di meja judi
bersama gadis-gadis litar. kakaka. 
ok itu tak betul.

susahnya..
sekali lagi keluar perkataan susahnya
memang wajib aku patahkan sahaja laptop kepada dua bahagian.
dan berikan kepada fakir miskin untuk dibuat teman dikala sunyi.

takutnya nak cari kerja. takutnya nak hantar resume.
takutnya nak cari rumah sewa lain. takutnya nak masuk ofis
takutnya nak dengar arahan. takutnya nak jawab soalan.
takutnya nak makan benda manis. tak semena-mena ada yang kena tapak
sampai perkataan 'takutnya dan susahnya' tak melintas langsung 
di tubir bibirku yang sedang merekah. sikit lagi je nak kena hidrate.

bibir pecah, bibir merekah dan gigiku rongak. sedihnya.

memang nak kena tapak budak ni.

nak telefon mak lagi takut.
nanti mak tanya kau dah kerja belum
bapak kau dah tanya macam-macam dekat mak.
bapak kau suruh kerja cepat. bapak kau suruh balik kampung.
dah lama tak telefon mak atau sms mak. takut punya pasal.
aku boleh tahan lagi soalan bila nak kahwin
tapi soal bila dah kerja ni memang berat dia nauzubillah.

aku nak mintak duit sewa dengan bil pun aku gigil ni.
takut mak dengan bapak aku taknak bagi.
imaginasi aku ni kadang-kadang boleh pakai jugak
kalau bagi pun mesti kena marah.
duduk rumah bukannya cari kerja
tidurrrrrrrrrrrrrr je keje kau. hambek.
dompet kurus. kau kurus. hati pun turut kurus.
dah berapa hari jugaklah aku makan roti canai 2 keping.
:(

mak nak duit.

mohon sifat terasa simpan dalam poket semasa membaca, di sini sahaja pusat terapi percuma yang wujud.