Sunday, March 31, 2013

day one

marah dengan diri sendiri buat aku berjalan keliling tasik 3 kali.
senarnya aku tak boleh lelap. dengan seksa kaki dengan denda
macamni mungkin bantu otak aku jana mood tidur. fucking betul tak boleh tidur.

aku pasang playlist.
aku sarung stocking.
aku cari seluar traksuit.
kepala apa ni tunggang langgang betul aku bersiap.

dari jauh aku nampak pakcik-pakcik terkinja-kinja dekat tasik
agak-agak ada pesta joget joget aku rasa.
aku endahkan dunia hiburan. sekarang aku dalam video klip lagu LMFAO

aku jalan, sepanjang jalan tu sumpah rasa macam swagger.
dengan lagu yang agak in pagi-pagi dan aku yang sdg berjalan.
"aku sedang berjoging wahai dunia"
jerit suara hati aku. aku hampir menari. hampir, mujur aku
sudah betaubat. apa yang aku cuba sampaikan ni. saitan!

entah mengapa baik benar aku harini
harini aku tak cuci mata, aku joging dengan ikhlas
tiada niat mencari jodoh atau menatap jejaka berpeluh.tidak
sikit..er.hm.

aku paling suka main alat 'berjalan atas langit'
kalau korang nak cuba datanglah ke tasik seksyen 7.
nanti boleh belajar bagaimana ayah pin mula-mula
berjalan atas langit. aku syak dia guna alat tu.
aku serius ni. adala dalam 6 lagu aku habiskan bermain
alat-alat tersebut. aku mula sedar diri. aku pun berjalan semula
dan bila aku toleh belakang ada pakcik
ambil alih permainan aku. terliur la tu tgok aku seronok tadi.kakaka

aku dah aim kali kedua aku lalu situ aku nak main lagi benda tu.

kali kedua
jimbit makin ramai pulak yang main. ok bertabah.
sambil-sambil tu aku perati makcik yang jual nasi lemak
di tepi jalan. macamana rakyat mesia nak fit macamni.
joging berjam lepastu semuanya musnah kerana sebungkus nasi lemak.
next time aku nak campak mercun mancis. amaran pertama.

kali ketiga
aku dah hampir nak sampai ke permainan tu
malang. aku tak sempat. budak tu punya salah! benci!
mana aci berlari! aku tak laratlah jimbit!
kau tak nampak ke aku dah 3 kali lalu sini!
ahhhhhhhhh! nak je aku flipkan meja nasi lemak makcik tepi jalan
mujur aku masih ada iman.

ni kalau tak boleh lelap jugak aku tak tahulah.
kaki aku melecet terok jugak, pakai sneakers memang outlah jojo.
sneakers keras cam kerikil memang cari maut.
nak kena beli kasut joging ni. kata angan-angan mat jenin.

aku singgah mydin dan beli jus yang ada vitamin c.
rasanya buruk sekali
dah kauorang boleh terjun gaung sekarang.

kakaka tak mungkinlah kau jojo!





mohon sifat terasa simpan dalam poket semasa membaca, di sini sahaja pusat terapi percuma yang wujud.