macam biasa rutin aku.
bangun pagi . download series game of thrones.
sandar atas richard layan dua-tiga episod.
pakai jaket fisherman. garap sen sen yang tinggal
adalah dalam seringgit empat kupang(5sen + 10sen)
dalam kepala dah tergambar roti cokelat gardenia.
cukup ni. ok gerak. sebelum keluar rumah dah doa
semoga adalah isi dalam akaun.
muka sememeh gila tak mandi, serabai terokk.
aku rasa macam orang gelandangan taim taim gini.
susah dia, lapar dia nauzubillah. Tuhan je tahu.
masuk seven e muka buat-buat ketat, supaya
cashier seven e tak perasan budak fisherman
yang tiga empat hari masuk kedai hanya untuk
pergi atm sahaja. -___-"
fuhh fuhh adalah adalah adalah
turn out
takde.
well takde rezeki. dugaan.
kosong lagi.
kecewa tu macam dah immune dengan diri.
melangkah deras ke kedai runcit
beli tori dan balik rumah.
makan dan lelap
untuk lupakan apa yang berlaku currently.
malam pun sama.
perut jangan cakaplah, senyap.
dia pun tahu aku tengah hampa
bunyi bunyi kang ada yang makan penampar.
persis anak yang takut bapak.
hahh. rumet ajak pergi makan.
aku diam. aku fikir. nak reply apa ni.
aku senyum.
"aku dah makan dah petang tadi.."
"ala..yeke? aku laparlah (muka pilu)"
aku tepuk bahu dia, "..kejap eh."
well sama jugak dengan pagi tadi
akaun masih kosong. kalau ada najewa latif
tak sempat dia nyanyi aku dah kepakkan gitar dia.
aku serius ni.
balik rumah. jalan dengan hampa kuasa pai.
macamana nak bayar bil ni. kesian mira. bersalahnya rasa dengan dak dak rumah.
malu jangan cakaplah. agak lama jugaklah aku tak bersosial.
perap dalam bilik ja. sedih. mujur kakak ada. duit yang dia bank-in terus
aku inkan dalam ac mira. but still lagi 23 ringgit shot. :( mana nak cari ni
sampai bilik. aku fikirkan rumet yang pilu.
"kau nak aku teman tak? bungkus la tapi..ok tak?"
"ha boleh boleh aku nak makan nasi kandar..mana best ea?"
"entah g lah mana-mana aku teman" senyum
singgah hakim. aku tenung setiap lauk yang ada.
pelik. tiada perasaan. perut pun senyap tengok makanan.
sah aku dah putus cinta dengan makanan. :|
sepanjang perjalanan balik rumah. aku teringat aku
terjumpa botol air mineral dalam rak buku.
Alhamdulillah, Tuhan masih beri rezeki.
senyum.
balik terus aku msg bapak aku.
dekat akaun fb dia.
aku msg dekat telefon dia
tak delivered agaknya.
tukar nombor mungkin.
malu oh mintak duit.
tapi terdesak gila.
sedih
nota : perut dah comel. tak buncit dah. kekeke
