ulangkaji add math sepatutnya dilakukan sebelum spm.
sekarang dah 2011 dan aku dah 22 tahun -____-"
ok.serius serius
naik kereta.
- betulkan seat.agak2 kaki tak kejang urat bila pijak clutch,oklah tu.
- betulakan segala jenis cermin yang ada.bukan cermin bedak compac kau.
- seat belt
- bebaskan gear
- start enjin
- cek signals kiri kanan,lampu emergency,wiper.
- tekan clutch dan masuk gear 1.geraklah wahai kereta kecik.
ujian mendaki bukit.
- berhentikan kereta sebelum garisan putih(jangan angkat clutch : enjin bole mati maa)
- tanya jpj tu "boleh gerak abang sayang?"
- dengan berbekalkan gear 1 tekan minyak sikit bagi naik bukit.da sampai half bukit sila berhati2 dan berhenti bila cermin sisi kanan setanding dengan tiang number 1.
- berhenti : TEKAN CLUTCH HABIS,tekan brek,tarik handbreak,bebaskan gear,tengok tayar masuk ke tak dalam garisan kuning.lepastu angkat tangan kanan ke luar(huruf L)
turun bukit
- tekan minyak sikit bagi berdehem,angkat cluth(kaki kiri) perlahan-lahan sampai rasa badan kereta macam nak ke depan,tolak handbreak terus dan sambil tu tekan minyak lagi sikit untuk bagi kereta ke depan dan turun ke bawah. bila kereta sdang turun bukit tekan brek sikit(kaki kanan) bagi slow.da nak sampai bawah lepaskan brek..tekan minyak sikit,kalau terel masuk gear 2 dan berhenti sebelum garisan putih di lorong "penjuru tiga" yang anda nak masuk.
tiga penjuru
- tengok arahan jpj dekat pondok.
- tekan clutch > masuk gear satu > geraklah
- sampai tiang nombor dua pusing kanan habis dan brek sebelum kena tiang dan garisan putih.
- pusing stereng habis ke kiri > tekan clutch habis > masuk gear reverse
- slow slow lepaskan clutch sikit sikit sambil tu kaki kanan standby pada brek.
- berhenti sebelum tayar belakang kena garisan putih plus tiang.
- pusing ke kiri 2 kali setengah (stereng tu last jadi huruf T terbalik)
- masuk gear 1 >lepaskan clutch sedikit bagi bergerak ke depan.
- sampai tiang no 1 berhenti pusing stereng ke kanan 2 kali > gerak ke depan dan luruskan kereta.kaki kanan standby pada brek.
- berhenti bila tiang yang last tu betul2 dalam sticker bulat.
masukkan belakang body kereta dalam kotak parking
- pusing stereng habis ke kiri
- tekan clutch > masuk gear reverse.
- reverse sampai tayar belakang(belah kanan anda) kena garisan putih luar kotak parking sikit.stop
masukkan body kereta hadapan dalam kotak parking
- pusing stereng habis ke kanan
- tangan kiri stay pada stereng>tangan kanan peluk pintu kereta dan keluarkan kepala untuk lihat tayar hadapan kanan masuk dalam kotak parking. ingat clutch tu angkat slow slow takut terlajak.
- masuk je tayar depan tekan clutch habis > tekan brek>bebaskan gear>tarik handbreak>angkat tangan kanan ke luar(huruf L) : isyarat yang kita dah selesai park kereta.
keluar dari tempat parking.
- pusing stereng ke kanan 2 kali.
- clutch > gear 1>tekan h/break>gerak ke hadapan dan cepat2 pusing stereng ke kiri dan bila kereta dah keluar ,pusing stereng ke kanan untuk luruskan tayar semula.dan berhenti di tempat yang di arahkan.
selesai!