Tuesday, July 12, 2011

Rumah Flat

masa kecik kecik dulu aku dan keluarga hidup miskin di flat.
haha takdela miskin sangat.maybe sebab mak aku dan bapak aku suka
rumah banyak tangga plus mereka suka excercise tambahan.
detik gembira masa aku hidup di kawasan rumah flat ialah
pasar malam dia sangat seronok,banyak payung,makanan,mainan,bateri,dan orang.
selalunya aku paling awal dlm famili yang pergi pasar tu.sebab mungkin aku agak excited
budak-budak selalu excited kan.
kalau taim puasa aku dan kakak wajib beli bunga api kertas belang-belang warna merah.
dan kami akan agih agih kan supaya adil dan saksama
paling aku suka bila patah-patahkan bunga api tu dan bila bakar dia meloncat loncat macam gasing
kalau nasib kurang baik,maybe akan kena muka dan dapat jerawat pra matang.

barang mainan yang popular di pasar malam ketika itu lebih kurang pada tahun 2000,
adalah patung kucing atau anjing yang boleh golek golek,guling guling pakai bateri.
tapi aku tak berminat.aku akan beli koko crunch sebungkus satu ringgit,biskut coklat inti vanilla harga seringgit jugak.yang pasti biskut itu bukan oreo tapi arial.so selalunya bapak akan beri aku RM 2 sahaja.aku rasalah.aku tak berapa ingat. tak lupa juga aku akan beli kuaci untuk hamster di rumah.
kuaci pasar malam lagi sedap dari kuaci hamster yang tawar tu.

;)
mohon sifat terasa simpan dalam poket semasa membaca, di sini sahaja pusat terapi percuma yang wujud.