tiba juga akhirnya giliran untuk aku menambah angka 22 di dalam borang hidup aku.
bila ada orang tanya,umur berapa? dan aku macam nak taknak cakap
bukannya aku selebriti yang tak mengaku tua
tapi umur 22 ni dalam imaginasi aku adalah
seorang gadis :
1. duduk tepi tingkap melayan angin dan rambut melambai2 dek kerana tiupan angin
2. gadis yang super konfiden dengan diri
3.gadis yang matang luar dan dalaman
4.gadis yang bermuka tenang
5bila ketawa tutup mulut dan blushing
6.duduk kepit kaki
7.tidur di atas tilam bunga2 dan bantal ada bunga ros
tapi aku yang berumur 22 ni...
1.gadis yang selalu tertinggal handfon dalam kereta
2. cari kunci rumah sambil merengek sebab tak jmpa2
3.bercakap merepek merapu dan bersuara ala2 budak tadika
4.kelam kabut
5.pakaian still tak update masih dengan dompet ayam dan beg penuh dengan kartun teddy bear
6.bila ketawa mesti mendongak *buruknya rupa
7.bila duduk kaki tak berjaya di kepitkan
8.tidur merata-rata cth dalam cc,atas meja,atas bas,tgah jalan kaki sambil pejam mata*sempat
so macam nak cakap 22 tu agak serba salah dengan diri sendiri ;(
next year tak tahulah macamana T_____T