kalau kecik2 boleh main lari-lari guling-guling sampai malam kendian sambung ke esok pagi!
memandangkan badan dah panjang ,pinggang dah ramping ,jalan dah catwalk ,tudung boleh iron sendiri
maka sudah tiba masanya turun padang tolong sediakan persiapan raya (ceh padahal kakak aku yg byk tolong,aku lek sambung tido sampai tengahari)
so pagi raya mak dan kakak dan makcik sedara kelentang kelentung kat dapur aku plak berkeruh dalam bilik! hebat! tapi syok syok berkeruh hati tak tenang memandangkan kejap lagi tetamu dari taiping datang maka aku gagahkan juga mata yang heavy ni. keluar2 bilik je si putih (kucing) syok main tarik-tarik tudung raya aku,dem! terpaksa buat kerja dua kali,iron iron! lepas da iron baju pura-pura masuk dapur..mak tak cakap sepatah pun
komfem tak puas hati aku bantai tido dalam bilik tadi ;p takpe..aku pun buat kerja finishing kat dapur
basuh segala pinggan mangkuk belanga cawan2. sebelum bergalak pakai baju raya kita kena pastikan kerja beres. siap bagi pesanan kat mak "lepas ni orang tak masuk dapur dah,baju raya mahal" hahaha
maklumlah baru fes time beli baju mahal,sayang tu macam dapat anak pertama..komfem baju kurung yang lain kecik hati! selesai masak air gula susun gelas cantik-cantik aku pun mandi.lepas mandi dandan muka supaya aura muka nak beraya tu ada dan kalau muka nampak cantik kemungkinan untuk dapat angpau lebeh itu ada ekeke ini mitos sila percaya.
siap berbaju bertudung posing dua tiga pose,muncungkan mulut,tangan letak kat pinggang,senyum sorang-sorang itu adalah aksi yang popular bila tengok cermin! kalau cermin tu ada perasaan mesti sekarang dia tengah buat muka annoying dan pecahkan diri dia. aku siap paling awal dengan baju kurung moden berwarna putih susu bertatahkan batu2 jalan pada bahagian leher dan hujung baju.pergh! tunggu kakak pulak bersiap,aku ejas2 kamera siap sedia untuk bergambar." wakwakwakwkakwjkjkddlcjd..." ish riuhnya
komfem makcik rumah sebelah datang! so keluar dan salam,memandangkan kakak agak anti dengan mulut makcik tersebut maka tidak keluar bilik untuk elak dari mengumpat dari posisi belakang pada hari-hari akan datang hihihi
alah banyak lagike? hum so tgkap2 gambar,makan kuih raya,rendang,bla bla bla....
habis! yay!