kejadian ini berlaku di depan mata aku sendiri
agak direct tapi di tapis oleh cermin kereta saga merah
milik sepenuhnya oleh emak setelah habis di bayar dua tahun lepas
mary agak tidak puas hati apabila emak telah menghalang laluan utamanya
yang sesempit kangkang kera,maka mary si lembu telah menarik
muka empatbelasnya,emak panik dan nama kupula di sebut-sebut
bagi memeriahkan suasana di dalam kereta usangnya itu.
maka aku bertindak cool dan menasihati emakku supaya reverse mak
u can do it,tapi kalau reverse alamatnya kami akan berenang dengan
kereta saganya yang sudah berbulan tidak mandi,
mungkin kereta akan gembira,tetapi kami tidak.
maksudnya disini kereta akan terbalik dalam tali air,so ia bahaya ok.
mary si lembu mara ke depan selangkah,kami? hampir jatuh jantung dibuatnya
nasib baik selangkah saja mary si lembu mara.
tibe2 jeng jeng jeng hero datang dengan baja seberat sepuluh kilo di atas besikal
akan tetapi hero silap masuk jalan,hero di seberang tali air
hero yang gagah berbut kuning meninggalkan baja organiknya itu dan patah balik
mengayuh basikal tuanya datang ke arah kami dari belakang.
kami rasa agak safe mode ketika itu dan keluar dari kereta pergi kepada hero
dan mengatakan mary si lembu tidak mahu mengalah.
maka hero mengambil beberapa ketul batu,dan yahhhh! dipenggalnya pada si mary
mary mengundurkan lagkahnya,hero menang
tamatlah kisah si mary si lembu dan hero kesayangan ;))
beberapa scene yang sempat di ambil.






