aku hanya habiskan masa di depan laptop
mengadap facebook,blog,onemanga,torrent
hish zahidah ni memg membuang masa betul!
makan? memandangkan bana bekerja di sg,buloh
saya hanya makan apa yg ada sahaja,bukan tiada uwang
tapi malas nak berjalan! ;p hehehe lagipun bosan makan
nasi dan lauk campur kat seksyen 2 ni,dah muak
teringat sambal belacan buatan tangan mak saya
yumm! terliur di buatnya,teringat sup ayam
masakan kakak saya..uhhh sedapnya makan time hujan2 gini.
kenapa tak kerja?sebab saya takut nak kerja
takut nak serve pelanggan,takut nak berdepan dengan bos,
takut bila orang speaking dengan saya,faham tapi nak reply
umm..konfiden tak berapa nak cukup!mak saya cakap
saya belajar tapi tak ada matlamat,ikut saje flow
dan takde rancangan masa hadapan T_T
nak sambung belajar pun still tiada kekuatan nak jawab 'ya'
stil jawab 'tak tahulah' 'entah' 'malas nak fikirlah'
hum...sampai bila ni! tambah2 nak mintak ptptn
risau kalau umur tak panjang nanti tak sempat nak bayar
dalam kubur kena pukul kena seksa!
tapi nak harapkan bantuan siapa?