
hai,ini adalah pembaharuan blog,blog lama saya dah lupa pasword nye..ngeh ngeh..
maka terciptalah blog yang serba baru ni..dekat berjam jugaklah untuk
meng-edit kod2 html yang agak susah nak faham,cari template,ubah sana,tambah sini
(phew.....berpeluh eden)...
so ape ceritanya sekarang ni? ok,saya sedang mengerjakan sebuah blog
kepunyaan seorang doktor,al-maklumlah sekarang ni cuti semester
kemain lama lagi nak abes,so cari kerjalah,mau menambah kewangan
kalau ada rezeki nak beli external hardisk,laptop ni da macam nyawa2 ikan
so takut jugaklah kalau2 tamat riwayatnya,mau jahanam kerja2 assignment
yang saya usahakan selama 3 tahun yg bermakna dan meletihkan ni ;DD
berbalik pada blog doktor tadi,beliau merupakan seorang manager
syarikat ejen hartanah di sg.buloh.kebetulan anaknya sekelas dengan saya
maka saya membodek anaknya untuk mengambil saya sebagai designer syarikat tu
memandangkan saya ni bolehla main template ni skit2,so apalagi...kasi pecah la!! haha
dia punya upah saya tak tahu lagi,tgok dulu pada hasil kerjalah..kalau memberangsangkan
upahnye pun pastilah boleh membuatkan saya pergi mall tiap2 hari selama seminggu!
wahh kemain kau berangan ye namivamp! ahh berangan itu penting
kalau boleh saya nak siapkan blog tu cepat! so dapat upah pun cepat!
bukan taknak kerja kat outdoor,tapi indoor lagi rasa lega..................legalah
solat senang,makan senang(burger je makan hari2),mandi senang
semua senanglah.....agak2 lah kan...kalau saya keluar rumah satu hari nanti
boleh jadi vampire kot...berasap kat tengah-tengah jalan
al-maklumlah terperap 24,48,72 jam dalam bilik je...da macam geek pulak aku ni
sampai nak pegi beli makanan kat bawah pun saya dah malas sekarang
bila dah malam baru lah saya pegi.. tupun seret si rumate tu pegi skali...
(fuzira : cilake ko jo!natang)
hahaha
tu jelah kot nak cakapcakap pagi-pagi ni...
perut dah ber'dancing' minta di isi
huhu...klah assalamualaikum semua